Labels

Monday, October 24, 2016

Catatan Rehlah Haji Abu Anas Madani 1437H (01).

بسم الله الرحمن الرحيم
وبه نستعين على أمور الدنيا والدين، وبعد.
Rehlah "Dhuyuf Ar-Rahman" menuju ke Tanah Suci dengan hati yang ikhlas, semangat yang berkobar menyahut seruan Tuhan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi memberi peluang kepada hamba-Nya ini menjadi tetamu-Nya, lantas kita menerima tawaran dan menjadi pilihan untuk menunaikan ibadat Haji pada tahun 1437H ini.
Musim Haji 1437H tiba, AAM sekali lagi diberi peluang menjadi "Dhuyuf Ar-Rahman".
Pada petang Isnin 29/8 bermula Rehlah "Dhuyuf Ar-Rahman" menuju ke Tanah Suci dengan penerbangan MH jam 8pm dari KB.
Seperti biasa rehlah diiringi oleh UAM, Ahmad dan Iffah dari rumah ke KB.
Rehlah haji pula diteruskan bersama para jamaah yang keluar dengan hati yang ikhlas, semangat yang berkobar untuk menyahut seruan Tuhan, insya' Allah.
Di KLIA sudah setia menunggu Akhi Jazman Yob dan Mazlan (bakal haji tahun depan insya' Allah).
Semoga selamat sepanjang perjalanan & pulang dengan dosa yang diampunkan...
*AAM, KLIA, Jam 10:30pm Isnin, 26 Zulqa'dah 1437H, 29/8/2016.

Wednesday, December 23, 2015

Memperingati Maulid Nabi s.a.w - Pro & Kontra.

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله الذي بعث محمداً صلى الله عليه وسلم بين يدي الساعة بشيراً ونذيرًا، وداعياً إلى الله بإذنه وسراجاً منيرًا، بعثه رحمةً للعالمين ومعلِّماً للأميين بلسان عربي مبين؛ فبلَّغ الرسالة وأدى الأمانة ونصح الأمة، وما ترك خيراً إلا دل أمته عليه، ولا شراً إلا حذرها منه.
 وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله سيد ولد آدم، صلى الله عليه وعلى آله وصحابته أجمعين وسلَّم تسليماً كثيرًا.  أما بعد:

Apabila tibanya bulan Rabi'ul Awwal maka akan timbullah perbincangan yang baik atau perdebatan yang tidak baik tentang boleh atau tidak memperingati hari kelahiran Nabi sollallahu 'alaihi wasallam?
Di bawah ini kami petik suatu ulasan yang agak harmoni dalam menangani isu maulid yang menjadi kemelut yang tak berkesudahan.
Semoga nukilan ini dapat memberi pencerahan kepada kita.

Friday, December 18, 2015

KELEBIHAN MEMILIKI & MENJAGA ANAK PEREMPUAN.

بسم الله الرحمن الرحيم
Kita semua maklum bagi masyarakat Jahiliyah sebelum kedatangan Islam, mendapat anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga kerana dianggap mendatangkan sial dan memalukan keluarga. Hatta ada yang  sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup anak perempuan demi menjaga maruah keluarga.

Tetapi alhamdulillah dengan kedatang Islam, persepsi dan kepercayaan ini berubah. Anak tanpa mengira jantina, adalah anugerah Allah dan harta kita untuk dunia dan akhirat, sekiranya kita berjaya mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.

Monday, November 30, 2015

Doa & Ibadat Ketika Ditimpa Musibah Banjir.

بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila ditimpa musibah, hadapilah ianya dengan kesabaran serta mengharapkan pahala dari Allah SWT.
Pertama sekali hendaklah kita berdoa dan  ber-istirja’ iaitu mengucapkan: Inna Lillah….

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّهَا قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:  
مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ:
"إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا".
إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا.
      Dari Ummu Salamah sesungguhnya dia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah iaitu:
{Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah. Ya Allah, Berikanlah aku pahala kerana musibah yang ku hadapi ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik.}
Nescaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik."
[HR Muslim].

Sunday, October 11, 2015

Catatan Rehlah Haji Abu Anas Madani 1436H (Siri 03)

Muhasabah Selepas Haji Ditunaikan.
Alhamdulillah, pada hari Sabtu 12 Zulhijjah semua jemaah Ash-Har selamat pulang ke Makkah keluar dari Mina dengan niat nafar awal.
Jemaah digalakkan melakukan Tawaf dan Sa'ei haji bagi mereka yang melakukan haji tamattu', agar semua amalan haji selesai sebelum tamatnya hari Tasyriq - kalau terlepas pun tidak salah- ambil jalan segera selesaikan semua amalan haji dan terlepas semua larangan ihram (Tahallul Thani).
Semua selesai kecuali mereka yang uzur syar'ie atau sakit yang memerlukan bantuan.